Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 Peringkat Negeri Johor
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 Peringkat Negeri Johor
11 April 2026|Sabtu
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 peringkat Negeri Johor anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor (PPWN) dengan kerjasama pihak majlis bandaraya telah berlangsung dengan jayanya di Anjung Ilmu, Rumah Sewa Kerajaan (RSK) Larkin.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), yang turut menyampaikan ucapan perasmian serta menekankan kepentingan pembangunan wanita secara holistik merangkumi aspek ekonomi, kemahiran, kesejahteraan dan kepimpinan.
Sepanjang program, pelbagai pengisian telah diadakan termasuk slot bengkel interaktif seperti perkongsian industri kesihatan dan industri seni dan perekaan teknik serta slot keusahawanan digital oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia. Selain itu, turut diadakan aktiviti sampingan seperti mewarna dan melukis untuk kanak-kanak bagi memeriahkan suasana program.
Penganjuran program ini jelas mencerminkan komitmen berterusan JPW dalam memperkasa wanita sebagai tunjang pembangunan negara, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera.
