SAMBUTAN ROAD TO EVAW: SANTUN KASIH PEMANDIRI@KRT (SARI@KRT) DAN HARI TERBUKA PRISMAnita PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
10 NOVEMBER 2026 | SELASA
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita hari ini telah merasmikan Program Road To EVAW: Santun Kasih Pemandiri@KRT (SARI@KRT) dan Hari Terbuka PRISMAnita Peringkat Negeri Kelantan 2026 di H Elite Design Hotel.
Penganjuran program ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen dalam menyantuni serta memperkasa pemandiri keganasan agar terus tabah melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik.
Program ini dihadiri hampir 250 orang peserta. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), komited untuk memperkasa wanita serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak, keselamatan dan kesejahteraan wanita.
Usaha membanteras keganasan terhadap wanita memerlukan komitmen dan tindakan berterusan daripada semua pihak, dan bukan sekadar sempena sambutan ini sahaja.
#KASIHKPWKM #KitaKanKeluarga #MalaysiaMADANI #MADANIBEKERJA #taatsetia