
𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 2026! 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐇𝐖𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍: 𝐒𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐀, 𝐒𝐀𝐇𝐊𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐈? 💔⚖️
Dalam Islam, perkahwinan merupakan satu akad yang suci dan ikatan yang dibina atas dasar tanggungjawab serta amanah. Namun, tahukah kita bahawa kesahan sesuatu perkahwinan menurut hukum syarak tidak semestinya bermaksud perkahwinan tersebut secara automatik diiktiraf dan didaftarkan di sisi undang-undang Malaysia? Setiap perkahwinan perlu memenuhi rukun dan syarat sah nikah yang ditetapkan oleh hukum syarak, di samping mematuhi peruntukan undang-undang keluarga Islam yang berkuat kuasa. Persoalannya, bagaimana pula status perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara? Apakah prosedur pengesahan dan pendaftaran yang perlu dilalui bagi menjamin hak isteri serta kebajikan anak-anak?
Benarkah lafaz nikah di luar negara automatik diiktiraf di Malaysia? Jangan biarkan cinta membutakan mata sehingga hak anda sebagai isteri dan masa depan anak-anak tergadai di kemudian hari! Sempena SIRI TERAKHIR bagi tahun 2026, JPW Pahang membawakan khas kepada anda Program Literasi Perundangan dan Hak Wanita (IRIS) Siri 21 — sebuah wadah advokasi di bawah inisiatif PRISMAnita khusus untuk memperkasakan wanita dengan ilmu perundangan yang tepat. Catat masa dan tarikh janji temu kita untuk siri penutup tahun ini.
Kupasan eksklusif bersama penceramah jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan syariah:
🎙️ 𝗣𝗮𝗻𝗲𝗹: 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝗳𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 (𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗲, 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝗳𝗶 & 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗻𝗲𝗿𝘀)
🗓️ 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 18 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 2026 (𝗥𝗮𝗯𝘂)
⏱️ 𝗠𝗮𝘀𝗮: 10.00 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 11.00 𝗽𝗮𝗴𝗶
🛜 𝗣𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺: 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 (𝗙𝗕 𝗟𝗶𝘃𝗲) 𝗱𝗶 𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗝𝗣𝗪 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴
𝗘-𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 Disediakan
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bertanya terus di ruangan komen dan fahami prosedur sebenar serta perlindungan undang-undang buat wanita.
Share hantaran ini dan tag rakan-rakan wanita anda agar lebih ramai cakna!