PROGRAM IRIS SIRI KE-12: KEGANASAN FIZIKAL. BUKAN SEKADAR MASALAH DOMESTIK
Adakah anda benar-benar memahami hak anda apabila berdepan keganasan rumah tangga? Sertai sesi perkongsian ini untuk mengetahui perlindungan undang-undang, saluran bantuan serta tindakan yang boleh diambil. Tingkatkan kesedaran demi melindungi diri, keluarga dan komuniti melalui ilmu yang tepat.
Justeru itu, JPW Pahang terus mengorak langkah memperkasakan agenda advokasi wanita menerusi inisiatif PRISMAnita dengan pelaksanaan Program Literasi Perundangan & Hak Wanita (IRIS). Inisiatif ini menjadi wadah strategik dalam memperluas literasi perundangan, memperkukuh kesedaran terhadap hak-hak wanita serta membina masyarakat yang lebih peka, berdaya tahan dan berinformasi.
Program ini akan disampaikan oleh Puan Hajah Siti Nurul Hidayah binti Haji Ishak, seorang Peguambela, Peguamcara, Peguam Syarie, Pesuruhjaya Sumpah dan Notari Awam di Hidayah Ishak & Partners, Pahang, yang berpengalaman hampir 16 tahun dalam bidang perundangan. Kepakaran beliau merangkumi pelbagai aspek Undang-Undang Sivil dan Syariah, sekali gus memberikan nilai tambah kepada kupasan mengenai kesedaran undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga di Malaysia.
🗓️ Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
🕝 Masa: 2.30 petang – 3.30 petang
📍 Platform: Facebook Live JPW Pahang
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
📍 Platform: Facebook Live https://www.facebook.com/jpwanitapahang/
🎁 Kelebihan Menyertai: E-Sijil disediakan kepada semua peserta yang mengisi borang kehadiran di akhir slot!
Ayuh bersama meningkatkan kefahaman mengenai hak wanita dan peruntukan undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga demi mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin, selamat dan sejahtera.
