.

Borang Maklum Balas

<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
CDO CDO

Wanita Sejahtera: "Wahai Ibu, Dengar Dulu, Faham Kemudian"

“𝐊𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐤𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠…𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐝𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫.”

Dalam kesibukan mendidik, menegur dan membetulkan, kadang-kadang kita terlupa satu perkara penting mendengar. Kita mahu anak cepat faham, tetapi jarang kita berhenti untuk memahami apa yang mereka rasa.

Program “WAHAI IBU…DENGAR DULU, FAHAM KEMUDIAN” mengajak para ibu untuk memperlahankan langkah, membuka ruang empati dan membina komunikasi yang lebih tenang bersama anak. Kerana di sebalik tangisan, diam atau marah seorang anak, ada emosi yang mahu difahami.

Apabila ibu memilih untuk mendengar dengan hati, anak akan belajar untuk bercakap dengan jujur dan dari situlah lahirnya hubungan yang lebih erat dan jiwa yang lebih sejahtera. Jom belajar mendengar bukan sekadar dengan telinga, tetapi dengan kasih dan kesedaran dengan topik yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :

👤 PUAN NOR ASIDA BINTI SHAFII

PEGAWAI PSIKOLOGI KAUNSELING,

JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

🗓️ Tarikh : 26 Februari 2026 (Khamis)

⏰ Masa : 09.30 pagi – 10.30 pagi

Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami

⬇️

https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor

 

📃Link pendaftaran hanya diberikan kepada mereka yang menonton semasa LIVE sedang berlangsung dan Sijil Penyertaan akan diberikan selepas program dan akan dihantar ke emel peserta yang berdaftar.

Selamat Menonton! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. 🤗📱💻🖥

SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI 😚😚 👍👍 👍🥳

Image