
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐃𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐔𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pernah tak kita dengar ayat-ayat seperti ini?
❌ “Ala, gurau je pun!” ❌ “Janganlah terlalu sensitif.” ❌ “Biasalah lelaki, memang macam tu.” ❌ “Tak payahlah nak besarkan bende kecik” ❌ "hek! eleh! nasi lemak 50 sen je pun"
Hakikatnya, sesuatu yang dianggap gurauan oleh seseorang mungkin menjadi pengalaman yang menyakitkan, memalukan dan meninggalkan trauma kepada orang lain. Gangguan seksual bukan perkara remeh. Bukan bahan lawak. Bukan tanda kasih sayang. Dan paling penting, bukan salah mangsa! Setiap individu berhak untuk berasa selamat, dihormati dan dilindungi, sama ada di tempat kerja, institusi pendidikan, tempat awam mahupun di ruang digital.
Kita perlu faham bahawa: 🔹 Tidak bermaksud TIDAK. 🔹 Sentuhan tanpa kerelaan bukan gurauan. 🔹 Kata-kata berunsur seksual yang tidak diingini boleh menjadi gangguan. 🔹 Menghantar gambar atau mesej berunsur seksual tanpa persetujuan bukan perkara biasa. 🔹 Menghormati batas peribadi orang lain adalah tanggungjawab semua.
📢 JOM SERTAI SIARAN LANGSUNG ADVOKASI ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2026! 📢
Mengangkat tajuk: GANGGUAN SEKSUAL BUKAN GURAUAN: FAHAMI BATAS, HORMATI MARUAH
Satu perkongsian penting bersama:
👩⚕️ YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Nur Fatnoon Nik Ahmad, Pakar Perunding Kanan Perubatan Penyakit Dalaman, Jabatan Perubatan Penyakit Dalaman, Fakulti Perubatan, UIAM Kampus Kuantan.
📅 13 November 2026 (Jumaat)
⏰ 10.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Facebook Live & YouTube JPW Pahang
E-Sijil Disediakan
Luangkan hanya 1 jam untuk menambah ilmu yang mungkin mampu mengubah cara kita melihat, memahami dan menangani isu gangguan seksual.