Wanita Selamat: Keganasan Rumah Tangga: Cinta Bukan Derita
𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒕𝒖𝒕𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒏𝒅𝒖𝒏𝒈𝒊…𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒂𝒌𝒊𝒕𝒊.
Berhenti normalisasikan keganasan dalam hubungan. Menampar, mengugut, mengawal, memaksa kerana semuanya bukan tanda sayang, tetapi bentuk penderaan yang tidak boleh diterima sama sekali. Tiada alasan, tiada kompromi. Keganasan rumah tangga adalah jenayah.
Program “KEGANASAN RUMAH TANGGA: CINTA BUKAN DERITA” membuka mata masyarakat tentang realiti yang sering disembunyikan di sebalik pintu tertutup. Ia memberi pendedahan jelas tentang bentuk-bentuk keganasan, hak mangsa, serta tindakan yang perlu diambil untuk keluar daripada kitaran penderaan.
Diam bukan penyelesaian. Takut bukan alasan untuk terus bertahan. Bangkit, lindungi diri, dan berani bersuara kerana anda berhak untuk hidup tanpa penderaan.
Jom sertai kami dengan topik yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :
TUAN GOPAL A/L AKAMBARAM
KETUA UNIT PSIKOLOGI S12,
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,
JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Tarikh : 15 April 2026 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
