.

Borang Maklum Balas

<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
CDO CDO

Wanita Selamat: Kekuatan Kendiri Wanita: Penjaga Anak Autisme

“𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐤𝐮𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐚. 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐚.”

Menjadi ibu kepada anak autisme bukan sekadar tentang kesabaran. Ia tentang kekuatan emosi, mental dan fizikal yang diuji setiap hari. Di sebalik senyuman, ada air mata yang ditahan. Di sebalik ketegasan, ada hati yang selalu risau tentang masa depan anak tersayang.

Program “KEKUATAN KENDIRI WANITA: PENJAGA ANAK AUTISME” ini membuka ruang untuk para ibu memahami emosi sendiri, membina daya tahan mental serta belajar strategi psikologi untuk terus kuat tanpa mengabaikan diri sendiri. Kerana ibu juga manusia dan ibu yang kuat bermula dengan jiwa yang dijaga.

Jom sertai sesi ini untuk sama-sama belajar, berkongsi dan menguatkan antara satu sama lain yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :

👤 ENCIK MOHAMAD HAFIYZAN BIN MOHAMAD KHAIRIZAN
PEGAWAI PSIKOLOGI,
KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK,
KUALA KUBU BHARU.
🗓️ Tarikh : 23 Februari 2026 (Isnin)
⏰ Masa : 09.30 pagi – 10.30 pagi

Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
⬇️
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor

📃Link pendaftaran hanya diberikan kepada mereka yang menonton semasa LIVE sedang berlangsung dan Sijil Penyertaan akan diberikan selepas program dan akan dihantar ke emel peserta yang berdaftar.

Selamat Menonton! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. 🤗📱💻🖥

SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI 😚😚 👍👍 👍🥳

Image