“𝐊𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐤𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠…𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐝𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫.”
Dalam kesibukan mendidik, menegur dan membetulkan, kadang-kadang kita terlupa satu perkara penting mendengar. Kita mahu anak cepat faham, tetapi jarang kita berhenti untuk memahami apa yang mereka rasa.
Program “WAHAI IBU…DENGAR DULU, FAHAM KEMUDIAN” mengajak para ibu untuk memperlahankan langkah, membuka ruang empati dan membina komunikasi yang lebih tenang bersama anak. Kerana di sebalik tangisan, diam atau marah seorang anak, ada emosi yang mahu difahami.
Apabila ibu memilih untuk mendengar dengan hati, anak akan belajar untuk bercakap dengan jujur dan dari situlah lahirnya hubungan yang lebih erat dan jiwa yang lebih sejahtera. Jom belajar mendengar bukan sekadar dengan telinga, tetapi dengan kasih dan kesedaran dengan topik yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :
PUAN NOR ASIDA BINTI SHAFII
PEGAWAI PSIKOLOGI KAUNSELING,
JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG
Tarikh : 26 Februari 2026 (Khamis)
Masa : 09.30 pagi – 10.30 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
Link pendaftaran hanya diberikan kepada mereka yang menonton semasa LIVE sedang berlangsung dan Sijil Penyertaan akan diberikan selepas program dan akan dihantar ke emel peserta yang berdaftar.
Selamat Menonton! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. ![]()
![]()
![]()
![]()
SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI ![]()
![]()
![]()
![]()
“𝑰𝒔𝒏𝒊𝒏 𝒅𝒊𝒆𝒕, 𝑹𝒂𝒃𝒖 𝒅𝒂𝒉 ‘𝒄𝒉𝒆𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒚’… 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂?” ![]()
Rasanya hampir semua wanita pernah ada fasa “nak kurus betul-betul kali ni!”. Beli meal plan, buang nasi, tahan lapar…tapi hujungnya rasa penat, stres dan akhirnya kembali ke tabiat lama.
Sebenarnya, diet gagal bukan semata-mata sebab tak ada disiplin. Ia boleh jadi kerana hormon wanita, emosi, tekanan kerja, kurang tidur dan cara kita melihat makanan itu sendiri. Kalau tak faham puncanya, kita cuma ulang kitaran yang sama.
Program “WANITA & PEMAKANAN: KENAPA DIET SELALU GAGAL?” akan kupas sebab sebenar dan bantu wanita cari pendekatan yang lebih realistik dan sesuai dengan gaya hidup. Tak perlu terlalu ekstrem, yang penting konsisten dan seimbang.
Jom belajar cara jaga badan tanpa perlu ‘dera’ diri sendiri dengan topik yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :
PUAN AMIRAH MOHAMED JALAL
PEGAWAI SAINS PEMAKANAN,
PEJABAT KESIHATAN DAERAH PETALING
Tarikh : 25 Februari 2026 (Rabu)
Masa : 11.30 pagi – 12.30 tengah hari
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
Link pendaftaran hanya diberikan kepada mereka yang menonton semasa LIVE sedang berlangsung dan Sijil Penyertaan akan diberikan selepas program dan akan dihantar ke emel peserta yang berdaftar.
Selamat Menonton! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. ![]()
![]()
![]()
![]()
SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI ![]()
![]()
![]()
![]()
“𝐆𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐮𝐚𝐥 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐠𝐮𝐫𝐚𝐮𝐚𝐧. 𝐈𝐚 𝐥𝐮𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐰𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚.”
Gangguan seksual adalah satu bentuk pelanggaran terhadap maruah, keselamatan dan kesejahteraan mental wanita. Ia bukan isu kecil. Ia bukan perkara remeh dan ia bukan salah mangsa. Kesan gangguan seksual boleh membawa kepada trauma, keresahan melampau, kemurungan, hilang keyakinan diri malah gangguan fungsi harian. Namun ramai wanita masih memilih untuk berdiam diri kerana stigma, rasa malu dan takut tidak dipercayai.
Program “KESAN GANGGUAN SEKSUAL DARI SEGI MENTAL WANITA” bertujuan meningkatkan kesedaran tentang impak psikologi yang sebenar, memperkasakan wanita dengan ilmu, serta menggalakkan budaya sokongan dan keberanian bersuara. Kita perlu hentikan normalisasi gangguan dan mula membina persekitaran yang lebih selamat dan berintegriti.
Wanita berhak dilindungi. Wanita berhak didengar. Dan isu ini wajib dipandang serius. Jom sertai kami dengan topik yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :
PUAN NUR IFFAH BINTI AZIZ
PEGAWAI PSIKOLOGI,
IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG
Tarikh : 24 Februari 2026 (Selasa)
Masa : 09.30 pagi – 10.30 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
Link pendaftaran hanya diberikan kepada mereka yang menonton semasa LIVE sedang berlangsung dan Sijil Penyertaan akan diberikan selepas program dan akan dihantar ke emel peserta yang berdaftar.
Selamat Menonton! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. ![]()
![]()
![]()
![]()
SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI ![]()
![]()
![]()
![]()
“𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐤𝐮𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐚. 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐚.”
Menjadi ibu kepada anak autisme bukan sekadar tentang kesabaran. Ia tentang kekuatan emosi, mental dan fizikal yang diuji setiap hari. Di sebalik senyuman, ada air mata yang ditahan. Di sebalik ketegasan, ada hati yang selalu risau tentang masa depan anak tersayang.
Program “KEKUATAN KENDIRI WANITA: PENJAGA ANAK AUTISME” ini membuka ruang untuk para ibu memahami emosi sendiri, membina daya tahan mental serta belajar strategi psikologi untuk terus kuat tanpa mengabaikan diri sendiri. Kerana ibu juga manusia dan ibu yang kuat bermula dengan jiwa yang dijaga.
Jom sertai sesi ini untuk sama-sama belajar, berkongsi dan menguatkan antara satu sama lain yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :
ENCIK MOHAMAD HAFIYZAN BIN MOHAMAD KHAIRIZAN
PEGAWAI PSIKOLOGI,
KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK,
KUALA KUBU BHARU.
Tarikh : 23 Februari 2026 (Isnin)
Masa : 09.30 pagi – 10.30 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
Link pendaftaran hanya diberikan kepada mereka yang menonton semasa LIVE sedang berlangsung dan Sijil Penyertaan akan diberikan selepas program dan akan dihantar ke emel peserta yang berdaftar.
Selamat Menonton! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. ![]()
![]()
![]()
![]()
SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI ![]()
![]()
![]()
![]()
“𝑯𝒂𝒘𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒎𝒐𝒏𝒊: 𝑲𝒖𝒏𝒄𝒊 𝒆𝒎𝒐𝒔𝒊, 𝒓𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂.”
Setiap wanita ibarat lautan yang penuh warna , kadang tenang, kadang bergelora. Dalam kehidupan yang serba pantas ini, emosi sering menjadi kompas yang membimbing kita menghadapi cabaran, membina hubungan, dan menemukan kebahagiaan sejati.Dengan hati yang harmoni, setiap wanita mampu mengukir bahagia dalam diri sendiri dan orang sekeliling. Dari kesedaran diri hingga pengurusan emosi bahawa kebahagiaan bukan sekadar destinasi, tetapi perjalanan yang indah apabila kita memahami dan menerima diri sepenuhnya.
Namun, wanita yang menjadi suri rumah pasti cabarannya bukan sekadar mengurus rumah tangga, tetapi juga mengemudi emosi, menjaga kesejahteraan diri, dan membina kebahagiaan keluarga. Dalam rutin harian yang padat, tekanan kecil kadang menimbulkan rasa letih dan emosi bercampur-baur.
Jom mari bersama – sama kami untuk mengupas tajuk "𝑯𝒂𝒘𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒎𝒐𝒏𝒊: 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒆𝒎𝒖𝒅𝒊 𝑬𝒎𝒐𝒔𝒊, 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒖𝒌𝒊𝒓 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂" yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu:
Dr Iman Mohamed Ali,
Pensyarah Perubatan,
Hospital Al -Sultan Abdullah,
UITM Puncak Alam.
Tarikh : 13 Februari 2026 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
Selamat Menonton ! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. ![]()
![]()
![]()
![]()
SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI ![]()
![]()
![]()
![]()
