Wanita & Ekonomi: Demi Esok Yang Lebih Bermakna

Literasi Kewangan yang dibawakan khas dari KWSP
Perkongsian ilmu dan panduan yang dapat mengubah persepsi cara berbelanja dengan mengambil peluang cerah untuk menambah simpanan masa depan. KWSP mengambil inisiatif untuk memperkasa wanita dengan meningkatkan kesedaran dan keperluan untuk pelbagai golongan khususnya wanita demi mempertingkatkan kemahiran literasi kewangan supaya relevan dengan ekonomi terkini.
Selain itu, ia turut membantu wanita dari pelbagai latar belakang mempelbagaikan portfolio persaraan sekaligus meningkatkan simpanan persaraan masa hadapan kerana wanita merupakan salah satu tonggak pembangunan negara yang paling penting bukan sahaja bagi aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara.
Sukacita dimaklumkan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang akan mengadakan program interaktif secara dalam talian pada ketetapan yang berikut:
📄Tajuk: DEMI ESOK YANG LEBIH BERMAKNA
📆 Tarikh: 13 Julai 2023 (Khamis)
🕰Masa: 10.00 pagi
🏠Medium: JPW Pahang Facebook Live
🙍🏻♂️Penceramah: Wan Masrurah binti Manaf
Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan / Retirement Advisory Service Executive (RAS)
KWSP Negeri Pahang
#ppwnnegeripahang
#JPWPahang
#JabatanPembangunanWanita
#KPWKM
#SalamMalaysiaMadani
#KasihWanita
#wanitaekonomi
Event Information
Tarikh Berita | 13-07-2023 10:00 am |