Dasar Wanita Negara Dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030

EMPAT (4) PEMBOLEH DAYA UTAMA DALAM MENGARUSPERDANAKAN DASAR WANITA NEGARA Data Berasaskan Gender
Pendekatan ini penting untuk memastikan bahawa dasar yang dirangka adalah inklusif dan responsif terhadap keperluan semua pihak, terutamanya dalamkonteks kesaksamaan gender.
Bajet Responsif Gender
Merupakan analisis anggaran yang memastikan anggaran negara direncanakan, diperuntukkan, dilaksanakan dan dipantau dengan perspektif gender yang inklusif.
Penilaian Impak Berasaskan Gender
Atau dikenali sebagai Gender Impact Assessment (GIA) untuk mengukur impak sesuatu program atau inisiatif sebelum program atau projek tersebut dilaksanakan. GIA boleh diperkenalkan sebagai salah satu elemen di bawah value assessment.
Audit Gender
Proses penilaian sistematik untuk menilai impak pelaksanaan dasar, program dan projek sesebuah organisasi atau Kerajaan terhadap kumpulan sasar kedua-dua jantina.
Dengan keempat-empat pemboleh daya ini bergerak seiring, Dasar Wanita Negara bukan sekadar dokumen, malah ia menjadi gerakan nasional yang mengarusperdanakan hak dan peluang wanita di semua lapisan masyarakat.
"Memartabat wanita, Memperkukuh Negara"
Event Information
Tarikh Berita | 03-09-2025 |
Location | Ibu Pejabat: Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat |