.

Borang Maklum Balas

<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
CDO CDO

Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan Peserta Program Penjanaan Pendapatan Wanita

Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan Peserta Program Penjanaan Pendapatan Wanita Tahun 2024: WAnita Bangkit Berwawasan

2 Jun 2024 (Ahad) - Ipoh, Perak.

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak (PPWN) hari ini telah berjaya melaksanakan Program Penjanaan Pendapatan Bagi Wanita Bangkit Berwawasan (WeBawa) 2024 yang merupakan program bimbingan kepada wanita yang ingin menjana pendapatan melalui keusahawanan dan memantapkan pengetahuan perniagaan.

Program yang mensasarkan kumpulan rentan ini telah berjaya diadakan di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh Perak bermula 1- 2 Jun 2024 manakala majlis perasmian dan penyampaian sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah JPW.

Program yang telah dihadiri kira-kira 32 orang peserta ini telah dijayakan menerusi kerjasama strategik dari pelbagai agensi terutama Jabatan Penjara Negeri Perak dan AADK Negeri Perak. Agensi lain yang turut terlibat ialah HRD, IGB Training & Consultancy, SIRIM, MARA, TEKUN dan Bank Muamalat.

Sepanjang 2 hari program dijalankan peserta telah didedahkan dengan pelbagai slot seperti kemahiran kendiri, teknik pemasaran, penjenamaan dan lain-lain.

Rata-rata peserta merakamkan keterujaan menyertai program ini dan berharap ianya dapat dilaksanakan lagi bagi memberi peluang kepada lebih ramai wanita yang memerlukan kemahiran dan bimbingan.

Label
Maklumat

Tarikh Berita

2 Jun 2024 (Ahad)

Masa

-

Tempat

PPWN Perak
Image