Perundangan, Keselamatan & Hak Wanita
Pengenalan
Bahagian Perundangan, Keselamatan dan Hak Wanita menyediakan maklumat berkaitan perlindungan undang-undang, bantuan guaman serta saluran sokongan kepada wanita yang memerlukan khidmat nasihat atau menghadapi situasi krisis. Inisiatif yang disediakan merangkumi akses kepada perkhidmatan guaman, khidmat perundangan syariah serta saluran aduan dan sokongan bagi kes keganasan rumah tangga dan gangguan seksual. Usaha ini bertujuan memastikan wanita mendapat perlindungan sewajarnya serta memahami hak mereka di sisi undang-undang.
