<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" timestamp="2024-09-13 09:00:00">#</a">
WANITA EKONOMI
PROGRAM PENJANAAN PENDAPATAN
Meningkatkan penyertaan dalam aktiviti ekonomi
KEUSAHAWANAN
LITERASI KEWANGAN
EKONOMI DIGITAL
Program-Program Wanita Ekonomi
Advokasi Penjanaan Pendapatan, Ekonomi Digital dan Literasi Kewangan
Program ini merupakan Program Pembangunan Kapasiti yang merangkumi program-program Advokasi Penjanaan Pendapatan, Ekonomi dan Kemahiran serta Literasi Kewangan bagi membantu golongan wanita termasuk ibu tunggal. Program ini dilaksanakan dalam kumpulan yang kecil dan berbentuk kursus / bengkel seperti kursus-kursus kemahiran, pengurusan kewangan, kursus-kursus digital yang bersesuaian dengan kehendak kumpulan sasar setempat.
Tanggungjawab:
Bahagian Usahasama Strategik (BUS)
Advokasi Menggalakkan Penglibatan Wanita
Dalam STEM & IT
Program ini bertujuan untuk membuka pandangan wanita terhadap stigma dalam bidang STEM & IT disamping memberikan pendedahan terhadap peluang-peluang yang luas dalam bidang ini.
Tanggungjawab:
Bahagian Usahasama Strategik (BUS)
Sosioekonomi
Wanita Rentan
Program bagi mendaya upayakan golongan rentan dengan memberi peluang dan ruang golongan rentan untuk meningkatkan taraf hidup dan berupaya menjana pendapatan.
Tanggungjawab:
Bahagian Pembangunan Wanita (BPW)
Kemahiran
Warga Emas
Kemahiran warga emas merupakan sebuah program direka khas dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada komuniti warga emas untuk terlibat dalam melakukan aktiviti kemahiran yang bersesuaian dengan objektif untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
Tanggungjawab:
Bahagian Usahasama Strategik (BUS)