• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function
BAHAGIAN PELAKSANAAN DASAR WANITA (BPDW)
  • Merancang dan menyelaras hala tuju pemerkasaan wanita.
  • Merancang, menyelaras, dan mengemaskini Dasar Wanita Negara.
  • Merancang serta menyelaras pengemaskinian dan memantau pencapaian Pelan Tindakan Pembangunan Wanita.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana urusan berkaitan Majlis Wanita Negara, Jawatankuasa Eksekutif Wanita Negara serta memantau pelaksanaan keputusan – keputusan mesyuarat.
  • Memantau pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Wanita Negeri yang diurussetiakan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN).
  • Menyelaras urusan berkaitan Parlimen, Memorandum Jemaah Menteri, Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan, Majlis Raja – Raja dan lain – lain mesyuarat di peringkat Kementerian.
  • Menyelaras pengemaskinian input / maklum balas berhubung komitmen Kerajaan terhadap resolusi, dasar, pelan tindakan dan konvensyen yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan wanita.
  • Merancang, menyelaras, mengemas kini dan memantau Key Performance Indicator (KPI), Outcome Based Budgeting (OBB) dan Sasaran Kerja Utama Jabatan.
  • Menyelaras pengemaskinian input dan memantau pencapaian program berkaitan JPW di bawah Pelan Strategik KPWKM.