• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function
Image
Image
Image

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. 

"Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmatnya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman web rasmi ini.

 

Selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sektor awam, Laman Web Rasmi Jabatan Pembangunan Wanita mempunyai peranan yang amat penting sebagai pemangkin penglibatan dan kerjasama rakan strategik dalam merealisasikan pelaksanaan aktiviti dan halatuju JPW.

 

Laman web rasmi interaktif ini juga turut menjadi wadah pengantara dan komunikasi dua hala bagi orang ramai mengemukakan maklum balas berhubung aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh JPW sesuai dengan budaya kerja norma baharu. Maklum balas yang diterima ini adalah kritikal bagi JPW melaksanakan penambahbaikan agar ianya akan lebih berkesan serta meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan bagi kepentingan masyarakat dan negara. Laman Web Rasmi JPW membantu menyebarkan maklumat dengan lebih mudah dan pantas kepada kumpulan sasar di semua peringkat dengan lebih efektif dan berkesan.

 

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih atas kesudian anda melayari laman web ini dan semoga terus menjadi wadah rasmi jabatan dalam perkongsian informasi yang berguna buat kita semua khususnya kumpulan sasar jabatan ini. Perkongsian maklumat akan dapat sama-sama menyumbang kepada pemerkasaaan agenda wanita negara ini."

 

Sekian, Wassalam.

 

Dr Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Wanita