• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function

HARI WANITA ANTARABANGSA

Image

Latar Belakang Hari Wanita Antarabangsa

Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang.
Di peringkat antarabangsa, kebanyakan negara terutamanya negara-negara maju menyambut Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia. Tradisi sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan adalah pada 25 Ogos dan masih diteruskan sebagai tanda bagi memperingati sejarah perjuangan wanita tanah air terdahulu pada awal tahun 1960-an.

Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang. Di peringkat antarabangsa, kebanyakan negara terutamanya negara-negara maju menyambut Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia.



Objektif Sambutan Hari Wanita Antarabangsa

  • Menyediakan platform bagi mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negara;
  • Mendaya upaya peranan semua pihak dalam usaha memperkasa wanita;
  • Menyebar luas maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat umum berkaitan peluang penyertaan dalam pelbagai bidang, isu sejagat dan cabaran semasa khususnya berkaitan wanita; dan
  • Mempamerkan komitmen Kerajaan dalam mengarusperdana kepentingan gender dalam aspek perancangan dan pembangunan negara.



Tema Hari Wanita Antarabangsa

Bagi tahun 2023, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan tema Hari Wanita peringkat antarabangsa ialah ‘DigitALL: Innovation and technology for gender equality’ manakala tema kempen ialah #EmbraceEquity.

  • Menyediakan platform bagi mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negara;
  • Mendaya upaya peranan semua pihak dalam usaha memperkasa wanita;
  • Menyebar luas maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat umum berkaitan peluang penyertaan dalam pelbagai bidang, isu sejagat dan cabaran semasa khususnya berkaitan wanita; dan
  • Mempamerkan komitmen Kerajaan dalam mengarusperdana kepentingan gender dalam aspek perancangan dan pembangunan negara.



Lima (5) Inisiatif Utama Pemerkasaan Wanita Sempena Hari Wanita Antarabangsa

  • i-Sayang
    Satu inisiatif yang membolehkan suami untuk memindahkan 2% caruman KWSP syer pekerja secara sukarela ke akaun KWSP isteri.
  • Tabung KASIH Rahmah Wanita
    Peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membantu golongan wanita yang memerlukan bantuan dalam keadaan terdesak seperti mangsa keganasan rumah tangga yang diselamatkan dan wanita yang diabai oleh ahli keluarga sebelum dibantu oleh agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat zakat.
  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Advokasi Antigangguan Seksual
    Pelaksanaan program advokasi berkaitan langkah pencegahan dan menggalakkan kesedaran tentang gangguan seksual di kalangan semua lapisan masyarakat.
  • Penyelidikan berkaitan Pemerkasaan Wanita
    Peruntukan sebanyak RM500, 000 di bawah KPWKM bagi tujuan pengumpulan data, penyelidikan dan penerbitan serta program berkaitan dengan pemerkasaan wanita.
  • Pelantikan 30% Wanita sebagai Pembuat Keputusan
    Perluasan Pembangunan Garis Panduan / Tatacara yang mewajibkan pelantikan wanita di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Infografik Inisiatif Utama Pemerkasaan Wanita Madani

Image
Image
Image
Image
Image
Image

Video Promosi Hari Wanita Antarabangsa

#HariWanitaAntarabangsa2023
#KASIHWanita