• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function

Kunjungan Hormat oleh Kumpulan Wanita Ikon Malaysia (KWIM)

Kunjungan Hormat oleh Kumpulan Wanita Ikon Malaysia (KWIM)

Kunjungan Hormat oleh Kumpulan Wanita Ikon Malaysia (KWIM)

11 Julai 2023

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah menerima kunjungan daripada Kumpulan Wanita Ikon Malaysia (KWIM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Normaziah Sheikh Mohamad, Presiden KWIM yang juga Wanita Ikon 2007.
KWIM adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh pemenang-pemenang dan finalis Anugerah Wanita Ikon bertujuan membangunkan dan memperkasakan wanita di seluruh Malaysia tanpa mengira kaum.

Kunjungan ini bertujuan mendapatkan kerjasama KPWKM bagi menggiatkan kempen ‘Are You Ok?’ yang menyasarkan golongan wanita dan belia B40 bagi mengenalpasti minat, kebolehan, potensi dan keupayaan diri mereka untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Pelbagai program menarik telah dirangka seperti ‘Burgernita’, Uni Geng Sempoi, Jelajah Ikon, Smile Project, Red Project dan Suri Boss Project & Girl Boss Academy.

Turut hadir dalam sesi kunjung hormat itu ialah YBrs. Dr Wan Nur Ibtisam Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Encik Nur Rabbani Abdullah, Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penilaian, JPW dan Cik Nur Ezzati Zulkifli dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KPWKM.

 #KPWKMPrihatin
#MalaysiaMADANI

Event Information

Tarikh Berita 11-07-2023