• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function

Lawatan Ketua Pengarah ke Lawan Wanita (LaWa) Negeri Kelantan

Lawatan Ketua Pengarah ke Lawan Wanita (LaWa) Negeri Kelantan
LAWATAN TURUN PADANG DAN SANTUNI KUMPULAN SASAR KE ZON TIMUR PADA 25 - 26 FEB 2023
 
Terima Kasih YBrs Dr KP, En Kee, En Isa, Cik Syikin & Cik Fad atas kesudian memgadakan lawatan ke PPWN Kelantan termasuk LAWA Kota Bharu, LAWA Tanah Merah dan Rumah Perlindungan Wanita Negeri Kelantan.

Lawatan bertujuan untuk meninjau prestasi kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf di LAWA Kota Bharu, beramah mesra bersama warga PPWN Kelantan serta memantau pelaksanaan Program CBE: Pembuatan Sabun Tomato, Detergen dan Mosturiser di LAWA Tanah Merah.
YBrs Dr KP juga berkesempatan menyantuni Puan Rosmani binti Ismail di premis beliau Kedai Kak Mie Sup Meletop yang terletak di Gong Kulim, Pasir Puteh. Turut diadakan rakaman video sempena Hari Wanita Antarbangsa 2023.

PPWN Kelantan mengucapkan setinggi penghargaan di atas lawatan ini serta memohon maaf atas kekurangan sepanjang lawatan.
Amanat, pandangan & hasrat yang dikongsikan sepanjang lawatan akan digunapakai untuk menambahbaik pengurusan dan pelaksanaan program akan datang.

Event Information

Tarikh Berita 25-02-2023