• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function

Lawatan Turun Padang YB Menteri KPWKM ke Laman Wanita (LaWa), Jasin Melaka

Lawatan Turun Padang YB Menteri KPWKM ke Laman Wanita (LaWa), Jasin Melaka
Lawatan Turun Padang YB Menteri KPWKM ke Laman Wanita (LaWa), Jasin Melaka
5 Februari 2024
YB Menteri hari ini memulakan lawatan turun padang di negeri Melaka dengan melawat Laman Wanita (LaWa) di daerah Jasin Melaka yang merupakan sebuah pusat aktiviti setempat dan menawarkan pelbagai program pemerkasaan wanita melalui aspek peningkatan kemahiran asas.
Aktiviti yang dilaksanakan juga mendapat kerjasama rakan strategik seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, (KWSP), agensi-agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan memperluas kebolehcapaian perkhidmatan kepada wanita.
Sebanyak 75 program telah dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Melaka merangkumi program kemahiran industri makanan dan program seni jahitan pakaian serta jahitan kreatif LaWa.
@nancy.shukri

Event Information

Tarikh Berita 05-02-2024 10:30 am
Location PPWN Melaka