• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function

Lawatan YBTM KPWKM Ke Jabatan Pembangunan Wanita

Lawatan YBTM KPWKM Ke Jabatan Pembangunan Wanita
๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—•๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—”

๐Ÿด ๐—๐—”๐—ก๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ (๐—œ๐—ฆ๐—ก๐—œ๐—ก)

Hari ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad telah mengadakan lawatan ke Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk mengetahui fungsi, program serta gerak kerja JPW dalam membantu dan memperkasa kumpulan sasar di bawahnya.
YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad diberikan taklimat ringkas oleh YBrs Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita mengenai program yang telah dilaksanakan oleh JPW, peranan Laman Wanita (LaWa) serta fungsi Rumah Perlindungan Wanita. Beliau juga turut meluangkan masa melihat produk yang dihasilkan oleh setiap Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN).
Semoga JPW dapat memantapkan lagi mutu kerja serta pelbagaikan inisiatif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terus kepada golongan sasar.

Event Information

Tarikh Berita 08-01-2024
Location JPW