• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function

Majlis Amanat Ketua Pengarah Bersama Warga Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) 2024

Majlis Amanat Ketua Pengarah Bersama Warga Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) 2024
Majlis Amanat Ketua Pengarah Bersama Warga Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) 2024

17 Januari 2024 | Rabu

Hari ini, YBrs Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita telah menyampaikan amanat kepada warga JPW. Dalam majlis tersebut, YBrs. Dr KP JPW turut kongsikan mengenai hala tuju JPW bagi tahun 2024 serta semua warga JPW diseru untuk mempertingkatkan momentum dan usaha yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2023 dan melaksanakan amanah dengan lebih bersemangat pada tahun 2024.
JPW telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pada tahun 2023 bagi kepentingan kumpulan sasar dengan pelaksanaan program berimpak tinggi antaranya, pelaksanaan Jerayawara Advokasi Antigangguan Seksual (AAGS) yang dilaksanakan di 14 buah negeri, program WeJana, program OMEGA, program Skuad Waja, program Semarak Skuad Waja serta Program Kasih Ibu Tunggal.
Sebagai jabatan bertanggungjawab menyantuni golongan wanita, JPW amat komited dalam memastikan wanita dapat meneruskan kelangsungan hidup serta dapat menyumbang kepada negara. JPW akan terus memainkan peranan supaya matlamat mensejahterakan wanita dapat dicapai.
 

Event Information

Tarikh Berita 17-01-2024
Location Dewan Perdana Nur, KPWKM