• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function

Majlis Pelancaran Tema dan Logo Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024

Majlis Pelancaran Tema dan Logo Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024
Majlis Pelancaran Tema dan Logo Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024

14 Februari 2024
 
Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negara. YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah melancarkan logo Hari Wanita Antarabangsa 2024 yang mengangkat tema “Wanita Dijulang Negara Gemilang”. Tema ini dipilih bagi menunjukkan kepentingan mewujudkan budaya inklusif dan kesaksamaan gender pada semua peringkat sebagai usaha memartabatkan wanita di negara ini. Peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai aspek juga merupakan tonggak utama kepada pembangunan sosial masyarakat.

Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka oleh KPWKM bermula 5 Februari 2024 sehingga 9 Mac 2024 bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Antaranya Sambutan Hari Wanita di peringkat negeri yang diadakan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri, Sambutan Hari Wanita oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Syarikat Swasta serta Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 8 Mac 2024 di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC).

YB Menteri dalam ucapannya turut menyeru semua lapisan masyarakat untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 dengan menyertai program-program yang dirancang oleh pihak Kementerian dan Agensi terlibat serta memakai pakaian bertemakan warna sambutan iaitu warna ungu pada 8 Mac ini.

Event Information

Tarikh Berita 14-02-2024