• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function

Program Fit with Rapid KL 2.0 Bersama YB Menteri KPWKM

Program Fit with Rapid KL 2.0 Bersama YB Menteri KPWKM
Program Fit with Rapid KL 2.0 bersama YB Menteri KPWKM
9 Mac 2024
Program Fit with Rapid KL 2.0 yang dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah berlangsung dengan jayanya di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur.
Program Fit with Rapid KL 2.0 ini merupakan satu inisiatif oleh Prasarana untuk menggalakkan aktiviti fizikal selain mempromosikan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.
Program yang dianjurkan buat kali kedua kali ini merupakan hasil usahasama bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan salah satu inisiatif untuk memperkukuhkan kempen Antigangguan Seksual (AGS) di stesen rel dan bas Rapid KL.
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, acara Fit yang diadakan ini bertemakan seni pertahankan diri untuk memperkasa wanita supaya lebih berwaspada dan bersedia dalam apa jua keadaan dan situasi.
KPWKM sememangnya menyambut baik segala usaha yang dilaksanakan oleh syarikat Prasarana ini sebagai salah satu usaha membentuk masyarakat yang tidak menormalisasikan sebarang bentuk gangguan seksual di mana setiap wanita dapat hidup dalam suasana penuh keyakinan tanpa rasa takut.
Turut hadir di majlis ini ialah Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad, Encik Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, YBrs. Dr. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita serta wakil pegawai kementerian serta barisan kepimpinan Prasarana.
@nancy.shukri

Event Information

Tarikh Berita 09-03-2024 7:30 am