• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function

Program Kembara KASIH KPWKM - Gempur Saringan HPV DNA, WP Labuan

Program Kembara KASIH KPWKM - Gempur Saringan HPV DNA, WP Labuan
Program Kembara KASIH KPWKM - Gempur Saringan HPV DNA, WP Labuan, 20 Januari 2023 (Sabtu)
Desa Tunas Hijau, Wilayah Persekutuan Labuan
JPW melalui Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan telah bersama-sama menyertai program anjuran LPPKN dengan membuka reruai/kaunter pendaftaran keahlian Skuad Waja.
Program ini diadakan di bawah Program MADANI Rakyat Labuan dan berjaya menarik lebih 500 orang peserta wanita di Labuan untuk menerima manfaat saringan kanser serviks melalui ujian HPV/DNA secara percuma.
Seramai 81 orang telah mendaftar sebagai ahli Skuad WAJA di sepanjang program Selain itu,kaunter PPWN WP juga membuka jualan hasil kraftangan dari Rumah Perlindungan Kota Kinabalu selain produk makanan dari usahawan retort LAWA Labuan dan ianya turut mendapat sambutan yang sangat baik dari masyarakat Labuan.
Program dirasmikan oleh YBM KPWKM. Hadir sama dalam program ini ialah YBTM, KSU KPWKM, KP LPPKN, KP JPW, Ahli Parlimen Labuan, CEO Perbadanan Labuan serta ketua-ketua jabatan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Event Information

Tarikh Berita 20-01-2024
Location PPWN Wilayah Persekutuan