• infojpw@jpw.gov.my
Advanced Search Function

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 Di Sunway Pyramid Convention Centre

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 Di Sunway Pyramid Convention Centre
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024
8 Mac 2024
YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 yang telah berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre.
Bertemakan “Wanita Dijulang Negara Gemilang”, tema ini memberikan penekanan akan pentingnya mewujudkan budaya inklusif dan kesaksamaan gender pada semua peringkat sebagai usaha memartabatkan wanita di negara ini.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menegaskan bahawa pemerkasaan wanita sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan kerana wanita adalah tonggak pembangunan negara. Beliau juga mengumumkan Dana Khas bernilai RM50,000 akan diberikan kepada 100 tokoh wanita terpilih yang akan ditentukan oleh KPWKM bagi menjana idea pemberdayaan kaum wanita.
Selain itu, Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS) berkuat kuasa pada hari ini dan beroperasi sebagai satu platform alternatif untuk mengendalikan aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dan kos yang minimum. Turut diumumkan adalah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan tentang perihal kewarganegaraan bakal dipinda dengan memberikan fokus Perkara14(1)b, Seksyen 1(b) dan 1(c), Bahagian II, Jadual Kedua iaitu “bapa” yang sedia ada dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan akan digantikan kepada “ibu bapa atau ibu atau bapa”.

Event Information

Tarikh Berita 08-03-2024 8:30 am