



Latar Belakang Hari Wanita Antarabangsa
Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang. Di peringkat antarabangsa, kebanyakan negara terutamanya negara-negara maju menyambut Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia. Tradisi sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan adalah pada 25 Ogos dan masih diteruskan sebagai tanda bagi memperingati sejarah perjuangan wanita tanah air terdahulu pada awal tahun 1960-an. Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang. Di peringkat antarabangsa, kebanyakan negara terutamanya negara-negara maju menyambut Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia.



Objektif Program
Tema Hari Wanita Antarabangsa
Tema Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara menegaskan pendekatan menyeluruh berasaskan whole of government dan whole of society, melalui sinergi antara kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan komuniti akar umbi.
Wanita memainkan peranan strategik sebagai penggerak keluarga, tenaga kerja produktif dan pemimpin masyarakat; justeru sokongan dasar inklusif, akses pendidikan serta perlindungan sosial yang kukuh amat penting bagi membolehkan mereka berkembang secara seimbang dalam kehidupan peribadi dan professional.
Wanita telah terlibat secara semula jadi dalam Ekonomi Jingga, sama ada formal atau tidak formal, melalui bidang kreatif seperti seni, budaya, kraf, fesyen dan kandungan digital. Sektor ini diketengahkan sempena SHWA26 kerana ia mencerminkan kreativiti, bakat dan daya usaha wanita yang sedia ada, serta berpotensi tinggi menjana pendapatan, inovasi dan peluang pekerjaan secara inklusif.
Video Promosi Hari Wanita Antarabangsa
#HariWanitaAntarabangsa2026
#MemartabatWanitaMemperkukuhNegara
