Anda PERANTIS Yang Kami Cari? Pelawaan Permohonan PERANTIS 2026

🔥 ANDA PERANTIS YANG KAMI CARI? INILAH MASANYA MELANGKAH KE PERINGKAT SETERUSNYA! 🔥

PELAWAAAN PERMOHONAN PERANTIS 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mempelawa tokoh wanita atau organisasi yang ditubuhkan secara sah untuk menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2026.

Program ini bertujuan membangunkan bakat kepimpinan wanita melalui bimbingan tokoh wanita berjaya merangkumi pelbagai bidang keutamaan seperti kepimpinan, politik, ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, kesejahteraan, keselamatan, teknologi dan kesihatan.

Jangan lepaskan peluang eksklusif untuk memperkukuh kepimpinan, meluaskan jaringan strategik dan dibimbing oleh tokoh wanita berjaya negara.

✨ Sertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2026

✨ Bina pengaruh, tingkatkan kredibiliti dan ciptakan impak sebenar dalam bidang anda.

⏳ 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮 𝟮𝟬 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮!

📲 Mohon sekarang di 👉 http://bit.ly/PERANTIS2026

📄 Kertas kerja hendaklah dikemukakan dalam Bahasa Malaysia mengikut format yang ditetapkan.

💡 Ayuh bersama melahirkan lebih ramai pemimpin wanita berwibawa dan berdaya saing demi pembangunan negara.

📞 Pertanyaan: 03-8323 1618 / 1266 / 1730 / 1779
📧 Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image