Pencarian Anugerah IKON Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026
ย
๐๐๐ง๐๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐ข๐๐ฎ๐ค๐! 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menganjurkan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (SHWA26).
Sehubungan itu, YBhg. Tan Sri/ Datoโ Seri/ Datuk Seri/ Datoโ Sri/ Datoโ/ Datuk/ Tuan/ Puan dialu-alukan untuk mengemukakan pencalonan penerima anugerah yang meliputi dua (2) kategori anugerah iaitu:
i) Kategori Personaliti - Wanita yang cemerlang dalam kerjaya, inovasi, seni, sukan atau bidang relevan, serta mempunyai sumbangan signifikan yang memberi impak besar kepada masyarakat; dan
ii) Kategori Organisasi - Syarikat Berkaitan Kerajaan / Syarikat Tersenarai Awam / Swasta / Pertubuhan Bukan Kerajaan yang menunjukkan komitmen cemerlang dalam memperkasa wanita dan melaksanakan inisiatif kesaksamaan gender dalam organisasi.
ย
Borang pencalonan dan garis panduan pencalonan boleh diakses melalui pautan berikut: https://tinyurl.com/Anugerah-IKON atau dengan mengimbas Kod QR yang terdapat pada poster hebahan yang disertakan.
Borang pencalonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Bahagian Usahasama Strategik, Jabatan Pembangunan Wanita melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 5 Januari 2026.
