
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐊 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 (𝐈𝐑𝐈𝐒) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐊𝐄-𝟐𝟎
𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐒𝐂𝐀𝐌
"Klik satu pautan, sekelip mata duit simpanan bertahun lesap?" Jangan sampai nasi menjadi bubur! Zaman sekarang perdaya siber makin licik & tak kenal mangsa.
Jom kita perisai diri dengan ilmu pertahanan digital biar kita lebih celik, tenang dan bijak berurusan di alam maya!
JPW Pahang terus mengorak langkah memperkasakan agenda advokasi wanita menerusi inisiatif PRISMANITA dengan pelaksanaan Program IRIS yang menjadi wadah strategik dalam memperluas literasi perundangan, memperkukuh kesedaran terhadap hak-hak wanita serta membina masyarakat yang lebih peka, berdaya tahan dan berinformasi.
Bagi suri rumah, peniaga dalam talian, atau sesiapa sahaja yang aktif menggunakan telefon pintar dan media sosial setiap hari... Ini adalah ilmu pertahanan yang WAJIB anda tahu! Kita akan kupas:
• Taktik terbaharu sindiket scammer memancing emosi serta psikologi mangsa.
• Langkah keselamatan dan etika penggunaan teknologi digital agar data peribadi tidak dicuri.
• Hak perundangan serta tindakan kecemasan yang patut diambil sekiranya menjadi sasaran penipuan.
Bersama Panel Jemputan Khas: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐅𝐢𝐭𝐫𝐢 (𝐃𝐮𝐭𝐚 𝐀𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐜𝐚𝐦)
Ikon dan pakar yang memang komited serta berpengalaman luas dalam mendedahkan modus operandi jenayah siber dan melindungi masyarakat daripada ancaman penipuan!
Catat tarikh dan masa sekarang!
🗓️ 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇: 12 November 2026 (Khamis)
⏱️ 𝐌𝐀𝐒𝐀: 10.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
🛜 𝐏𝐋𝐀𝐓𝐅𝐎𝐑𝐌: Facebook Live JPW Pahang
Tak perlu ke dewan, tak kena bayar walau satu sen! Sambil berehat di rumah atau sambil menguruskan tugasan harian pun anda boleh tonton secara LIVE.
Set reminder anda sekarang, tekan butang Share & ajak seluruh keluarga serta rakan taulan untuk menonton bersama! Mungkin poket kita selamat hari ini, tetapi perkongsian ilmu ini mampu menyelamatkan simpanan insan lain daripada lebur.