𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 2026! 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐇𝐖𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍: 𝐒𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐀, 𝐒𝐀𝐇𝐊𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐈? 💔⚖️
Dalam Islam, perkahwinan merupakan satu akad yang suci dan ikatan yang dibina atas dasar tanggungjawab serta amanah. Namun, tahukah kita bahawa kesahan sesuatu perkahwinan menurut hukum syarak tidak semestinya bermaksud perkahwinan tersebut secara automatik diiktiraf dan didaftarkan di sisi undang-undang Malaysia? Setiap perkahwinan perlu memenuhi rukun dan syarat sah nikah yang ditetapkan oleh hukum syarak, di samping mematuhi peruntukan undang-undang keluarga Islam yang berkuat kuasa. Persoalannya, bagaimana pula status perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara? Apakah prosedur pengesahan dan pendaftaran yang perlu dilalui bagi menjamin hak isteri serta kebajikan anak-anak?
Benarkah lafaz nikah di luar negara automatik diiktiraf di Malaysia? Jangan biarkan cinta membutakan mata sehingga hak anda sebagai isteri dan masa depan anak-anak tergadai di kemudian hari! Sempena SIRI TERAKHIR bagi tahun 2026, JPW Pahang membawakan khas kepada anda Program Literasi Perundangan dan Hak Wanita (IRIS) Siri 21 — sebuah wadah advokasi di bawah inisiatif PRISMAnita khusus untuk memperkasakan wanita dengan ilmu perundangan yang tepat. Catat masa dan tarikh janji temu kita untuk siri penutup tahun ini.
Kupasan eksklusif bersama penceramah jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan syariah:
🎙️ 𝗣𝗮𝗻𝗲𝗹: 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝗳𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 (𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗲, 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝗳𝗶 & 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗻𝗲𝗿𝘀)
🗓️ 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 18 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 2026 (𝗥𝗮𝗯𝘂)
⏱️ 𝗠𝗮𝘀𝗮: 10.00 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 11.00 𝗽𝗮𝗴𝗶
🛜 𝗣𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺: 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 (𝗙𝗕 𝗟𝗶𝘃𝗲) 𝗱𝗶 𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗝𝗣𝗪 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴
𝗘-𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 Disediakan
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bertanya terus di ruangan komen dan fahami prosedur sebenar serta perlindungan undang-undang buat wanita.
Share hantaran ini dan tag rakan-rakan wanita anda agar lebih ramai cakna!
PELAWAAN PERMOHONAN PERUNTUKAN BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN (BKP) TAHUN 2027
📌 Dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mempelawa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memohon Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) Tahun 2027 bagi Pelaksanaan Program Pembangunan Wanita kepada kumpulan sasar. Permohonan peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan perlu dilakukan melalui sistem iJPW yang merangkumi fungsi permohonan peruntukan, pengendalian program, pengurusan peserta, penilaian dan pelaporan.
📌 Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan perlu:
i) mendaftar sebagai Pengguna;
ii) mendaftar sebagai Pertubuhan; dan
iii) membuat permohonan melalui pautan sistem iaitu http://ijpw.jpw.gov.my/.
📌 Maklumat lanjut mengenai garis panduan bantuan ini boleh dicapai melalui manual penggunaan sistem iJPW di pautan https://bit.ly/jpwpanduanbkp.
📌 Sebarang pertanyaan boleh hubungi urus setia Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan Jabatan Pembangunan Wanita:
☎️ 03-8323 1596/1608/1632
📧
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐃𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐔𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pernah tak kita dengar ayat-ayat seperti ini?
❌ “Ala, gurau je pun!” ❌ “Janganlah terlalu sensitif.” ❌ “Biasalah lelaki, memang macam tu.” ❌ “Tak payahlah nak besarkan bende kecik” ❌ "hek! eleh! nasi lemak 50 sen je pun"
Hakikatnya, sesuatu yang dianggap gurauan oleh seseorang mungkin menjadi pengalaman yang menyakitkan, memalukan dan meninggalkan trauma kepada orang lain. Gangguan seksual bukan perkara remeh. Bukan bahan lawak. Bukan tanda kasih sayang. Dan paling penting, bukan salah mangsa! Setiap individu berhak untuk berasa selamat, dihormati dan dilindungi, sama ada di tempat kerja, institusi pendidikan, tempat awam mahupun di ruang digital.
Kita perlu faham bahawa: 🔹 Tidak bermaksud TIDAK. 🔹 Sentuhan tanpa kerelaan bukan gurauan. 🔹 Kata-kata berunsur seksual yang tidak diingini boleh menjadi gangguan. 🔹 Menghantar gambar atau mesej berunsur seksual tanpa persetujuan bukan perkara biasa. 🔹 Menghormati batas peribadi orang lain adalah tanggungjawab semua.
📢 JOM SERTAI SIARAN LANGSUNG ADVOKASI ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2026! 📢
Mengangkat tajuk: GANGGUAN SEKSUAL BUKAN GURAUAN: FAHAMI BATAS, HORMATI MARUAH
Satu perkongsian penting bersama:
👩⚕️ YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Nur Fatnoon Nik Ahmad, Pakar Perunding Kanan Perubatan Penyakit Dalaman, Jabatan Perubatan Penyakit Dalaman, Fakulti Perubatan, UIAM Kampus Kuantan.
📅 13 November 2026 (Jumaat)
⏰ 10.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Facebook Live & YouTube JPW Pahang
E-Sijil Disediakan
Luangkan hanya 1 jam untuk menambah ilmu yang mungkin mampu mengubah cara kita melihat, memahami dan menangani isu gangguan seksual.
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐊 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 (𝐈𝐑𝐈𝐒) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐊𝐄-𝟐𝟎
𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐒𝐂𝐀𝐌
"Klik satu pautan, sekelip mata duit simpanan bertahun lesap?" Jangan sampai nasi menjadi bubur! Zaman sekarang perdaya siber makin licik & tak kenal mangsa.
Jom kita perisai diri dengan ilmu pertahanan digital biar kita lebih celik, tenang dan bijak berurusan di alam maya!
JPW Pahang terus mengorak langkah memperkasakan agenda advokasi wanita menerusi inisiatif PRISMANITA dengan pelaksanaan Program IRIS yang menjadi wadah strategik dalam memperluas literasi perundangan, memperkukuh kesedaran terhadap hak-hak wanita serta membina masyarakat yang lebih peka, berdaya tahan dan berinformasi.
Bagi suri rumah, peniaga dalam talian, atau sesiapa sahaja yang aktif menggunakan telefon pintar dan media sosial setiap hari... Ini adalah ilmu pertahanan yang WAJIB anda tahu! Kita akan kupas:
• Taktik terbaharu sindiket scammer memancing emosi serta psikologi mangsa.
• Langkah keselamatan dan etika penggunaan teknologi digital agar data peribadi tidak dicuri.
• Hak perundangan serta tindakan kecemasan yang patut diambil sekiranya menjadi sasaran penipuan.
Bersama Panel Jemputan Khas: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐅𝐢𝐭𝐫𝐢 (𝐃𝐮𝐭𝐚 𝐀𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐜𝐚𝐦)
Ikon dan pakar yang memang komited serta berpengalaman luas dalam mendedahkan modus operandi jenayah siber dan melindungi masyarakat daripada ancaman penipuan!
Catat tarikh dan masa sekarang!
🗓️ 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇: 12 November 2026 (Khamis)
⏱️ 𝐌𝐀𝐒𝐀: 10.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
🛜 𝐏𝐋𝐀𝐓𝐅𝐎𝐑𝐌: Facebook Live JPW Pahang
Tak perlu ke dewan, tak kena bayar walau satu sen! Sambil berehat di rumah atau sambil menguruskan tugasan harian pun anda boleh tonton secara LIVE.
Set reminder anda sekarang, tekan butang Share & ajak seluruh keluarga serta rakan taulan untuk menonton bersama! Mungkin poket kita selamat hari ini, tetapi perkongsian ilmu ini mampu menyelamatkan simpanan insan lain daripada lebur.
𝐄𝐕𝐀𝐖 : 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 & 𝐏𝐃𝐑𝐌
🚨 SIARAN LANGSUNG (FB LIVE): PROGRAM EVAW – RUANG SELAMAT & PDRM - “Bersama-Sama Lindungi Wanita” 🚨
Keganasan terhadap wanita adalah isu serius yang menuntut keprihatinan dan tindakan bersama kita semua. Ketahui hak perlindungan diri, langkah pencegahan, serta saluran bantuan yang tepat demi mewujudkan persekitaran yang selamat dan harmoni untuk masyarakat.
Jemputan kepada seluruh warga maya untuk menyertai sesi perkongsian ilmu secara langsung:
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor akan menjalankan Program EVAW : Ruang Selamat & PDRM secara atas talian di Facebook JPW Johor seperti ketetapan berikut:
🗓️ 𝟏𝟐 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
⏰ 𝟏𝟏.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 - 𝟏𝟐.𝟑𝟎 𝐭/𝐡𝐚𝐫𝐢
📍 𝐒𝐢𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐉𝐏𝐖 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
➡️𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡: 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐲 𝐍𝐠 𝐇𝐞𝐧𝐠 𝐒𝐡𝐢, 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡, 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡, 𝐈𝐛𝐮 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 (𝐈𝐏𝐃) 𝐌𝐮𝐚𝐫
🎓 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧!
📢 Pautan pendaftaran kehadiran akan diberikan sewaktu siaran berlangsung. E-sijil akan dijana setelah siaran tamat.
