.

Borang Maklum Balas

<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
CDO CDO

Lawatan Pelajar Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke KPWKM

Lawatan Pelajar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

16 Mei 2024

KPWKM petang ini telah menerima kunjungan seramai 13 orang pelajar perubatan Kesihatan Awam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kunjungan ini disertai seramai 13 orang doktor muda yang diketuai oleh YBrs. Dr. Farah Khalida Abdul Rahman bagi meninjau fungsi dan peranan jabatan serta agensi yang berada di bawah KPWKM.


Sesi taklimat utama disampaikan oleh Puan Rozilah Katan, Pegawai Perhubungan Awam Kanan (PPAK), Unit Komunikasi Korporat KPWKM berkaitan latar belakang, fungsi serta peranan KPWKM secara keseluruhannya. Turut diselitkan sesi perkongsian daripada enam (6) orang wakil jabatan dan agensi yang terdiri daripada:


  • 📍Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) oleh YBrs. Dr. Wan Nur Baiti Sudin

  • 📍Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) oleh Puan Hamidah Hassan

  • 📍Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) oleh Encik Mohd Isa bin Jasin

  • 📍Yayasan Kebajikan Negara (YKN) oleh Puan Jumiati Binti Ambo

  • 📍Institut Sosial Malaysia (ISM) oleh Encik Fazel Bin Wel

  • 📍Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) oleh Puan Mumtaj Begum bt


KPWKM menyambut baik lawatan seumpama ini yang melibatkan pelajar universiti sebagai memberi pendedahan serta memastikan penyampaian perkhidmatan terus kepada golongan sasar selain menjalinkan kerjasama rapat antara kementerian dan pihak universiti.

Label
Maklumat

Tarikh Berita

16 Mei 2024

Masa

-

Tempat

-

Image