Majlis Penyerahan Kit Peserta OMEGA 2024 di Laman Wanita, Muar
Majlis Penyerahan Kit Peserta OMEGA 2024
12 Julai 2024 (Jumaat)
Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Kit Peserta OMEGA 2024 di Laman Wanita, Muar. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hanani Binti Sapit Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita. Majlis turut dihadiri oleh Prof Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi Jabatan Sains dan Masyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Seramai 26 orang peserta telah menerima kit pada majlis ini yang akan digunakan bagi menghasilkan produk. Kit yang telah dierima oleh peserta berbentuk steamer untuk pembuatan fabrik serta peralatan membuat kraftangan berasaskan kayu.
Tidak ketinggalan, terima kasih kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Diharapkan dengan pemberian ini dapat lagi menyuntik semangat peserta untuk menghasilkan produk masing-masing.
Label | Maklumat |
|---|---|
Tarikh Berita | 12 Julai 2024 (Jumaat) |
Masa | 8.30 Pagi - 5.00 Petang |
Tempat | FB Live PPWN Johor Laman Wanita, Johor |

