PELAWAAAN PERMOHONAN PERANTIS 2026
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mempelawa tokoh wanita atau organisasi yang ditubuhkan secara sah untuk menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2026.
Program ini bertujuan membangunkan bakat kepimpinan wanita melalui bimbingan tokoh wanita berjaya merangkumi pelbagai bidang keutamaan seperti kepimpinan, politik, ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, kesejahteraan, keselamatan, teknologi dan kesihatan.
Jangan lepaskan peluang eksklusif untuk memperkukuh kepimpinan, meluaskan jaringan strategik dan dibimbing oleh tokoh wanita berjaya negara.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menganjurkan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (SHWA26).
Sehubungan itu, YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk Seri/ Dato’ Sri/ Dato’/ Datuk/ Tuan/ Puan dialu-alukan untuk mengemukakan pencalonan penerima anugerah yang meliputi dua (2) kategori anugerah iaitu:
i) Kategori Personaliti - Wanita yang cemerlang dalam kerjaya, inovasi, seni, sukan atau bidang relevan, serta mempunyai sumbangan signifikan yang memberi impak besar kepada masyarakat; dan
ii) Kategori Organisasi - Syarikat Berkaitan Kerajaan / Syarikat Tersenarai Awam / Swasta / Pertubuhan Bukan Kerajaan yang menunjukkan komitmen cemerlang dalam memperkasa wanita dan melaksanakan inisiatif kesaksamaan gender dalam organisasi.
Borang pencalonan dan garis panduan pencalonan boleh diakses melalui pautan berikut: https://tinyurl.com/Anugerah-IKON atau dengan mengimbas Kod QR yang terdapat pada poster hebahan yang disertakan.
Borang pencalonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Bahagian Usahasama Strategik, Jabatan Pembangunan Wanita melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 5 Januari 2026.
PENCAPAIAN JABATAN PEMBANGUNAN WANITA 2025 ![]()
Tahun 2025 menyaksikan komitmen berterusan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dalam memperkasa wanita merentas aspek kepimpinan, kesejahteraan, keselamatan dan ekonomi.
Pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi
Manfaat kepada wanita di seluruh negara
Peruntukan keseluruhan berjumlah RM15.9 JUTA
Usaha ini mencerminkan iltizam kerajaan dalam memastikan wanita terus diperkasa, dilindungi dan dihargai sebagai tunjang pembangunan negara.
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat (UKK JPW)
Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor akan menganjurkan Program Wanita Sejahtera (Matahari) yang akan disiarkan secara langsung di Facebook JPW Johor :
"𝐌𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 𝐋𝐨𝐚𝐝 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚: 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧, 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐛𝐮 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛"
: 𝟑𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
: 𝟏𝟎.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 - 𝟏𝟏.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
: 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐋𝐢𝐯𝐞 𝐉𝐏𝐖 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Buka mata. Buka hati. Dengar suara wanita. Kerana satu badan, tak harus tanggung segalanya.
Berminat? Klik pautan ini untuk menonton siaran langsung : https://www.facebook.com/profile.php?id=100064363792032
Daftar iJPW untuk dapatkan E-Sijil : https://ijpw.jpw.gov.my/
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗞 𝗧𝗜𝗞𝗧𝗢𝗞
Sempena 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗛𝗲𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗴𝗮𝗻𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 (𝗘𝗩𝗔𝗪): 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗶 𝗗𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮!
BERANI BERSUARA!
Keganasan terhadap wanita bukan sekadar isu peribadi, tetapi tanggungjawab kita semua untuk hentikan! ![]()
Tunjukkan kreativiti anda melalui video pendek TikTok bagi menyampaikan mesej berani bersuara menentang keganasan terhadap wanita. Melalui pertandingan Video Pendek TikTok ini, anda berpeluang menggunakan kreativiti untuk menyebarkan mesej kesedaran:
HENTIKAN KEGANASAN. BERANI BERSUARA.
Inilah peluang anda untuk menyuarakan mesej bermakna dalam kempen #BeraniBersuara ![]()
Hadiah Wang Tunai Menanti!
Tempat Pertama: RM500
Tempat Kedua: RM300
Tempat Ketiga: RM200
Mari bersama kita hentikan keganasan terhadap wanita. Suara anda mampu membawa perubahan. ![]()
Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada gerakan kesedaran ini!
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗧𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻: 𝟮𝟱 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)
